Antara Sebab Siapa Yang Lahir Pada Tahun 50’60’70’80 dan 90an Wajib Baca Nie.

Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menaip di atas keyboard pula.

Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .

Akulah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya…

kerana aku adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini aku pun tetap bole Ketawa di grup Facebook / WhatsApp.

Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

Akulah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yang membayangi kita.

Akulah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.

Akulah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen Menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.

Generasi yg bawa RM0.10 – RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin …

Itulah aku…

Sumber: jomshare

Masih Ingat Ayu 20 sen Dalam Filem Bujang Lapok? Beliau Akhirnya Menceritakan Suatu Rahsia Yang Ramai Masih Tak Tahu!

Setiap kali menonton filem Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham S Shamsuddin Dan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, penonton pasti terpikat dengan watak kanak-kanak bernama Ayu.

Ayu ibarat penyimpan rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton dan perlu disogok dengan duit 20 sen sekiranya diminta mengunci mulut oleh Zaiton atau diminta oleh ibu mereka supaya membuka rahsia kakaknya.

Ramai tertanya-tanya siapakah Ayu yang karakternya begitu mencuit hati ini? Biarpun pelakon cilik, dia ibarat antara tonggak penting cerita Melayu pada era Studio Jalan Ampas, Singapura ini.

Sebenarnya Ayu adalah anak S Sudarmaji, insan kreatif yang bergelar pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu dan penulis lirik terkenal yang mempunyai hubungan rapat dengan P Ramlee.

Ayu atau Sri Rahayu, kini berusia 65 tahun dan menetap di Cheras, Kuala Lumpur bersama keluarganya. Dia berkahwin dengan Muhammad Ghazi, 73, dan dikurniakan dua anak, Sri Ikarostika Rahayu, 44, dan Muhammad Syarzril, 35, serta mempunyai lima cucu.

Ayu DALAM filem Bujang Lapok.

Ayu berkata, ketika berlakon filem Bujang Lapok, usianya empat tahun setengah. Dia dipilih kerana bapanya penolong pengarah cerita ini.

“Sebaik bapa pulang dari studio, dia beritahu saya P Ramlee mahu ambil saya berlakon. Saya terus bersetuju kerana sering dibawa bapa ke studio dan biasa dengan semua pekerja.

AYU ketika zaman remaja.

“Bujang Lapok filem pertama lakonan saya dan impaknya memang besar. Ramai yang kenal saya hanya kerana karakter Ayu,” katanya.

Ayu akui ketika kanak-kanak, dia sangat nakal dan sering berseluar pendek tanpa baju. Dalam Bujang Lapok, dia perlu terlebih dahulu tampil berambut panjang untuk babak P Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan.

“Saya kena melompat-lompat di atas meja makan restoran itu. Kemudian barulah rambut saya dipotong pendek untuk melakonkan watak Ayu.

“Nama saja Ayu tapi karakter saya seperti lelaki. Skrip pula hanya diberikan ketika di lokasi dan saya hafal sebelum penggambaran dibuat. Kalau diberi awal pun bukannya saya nak baca,” katanya.

Ketika proses ‘dubbing’ suara, Ayu perlu mengingati betul-betul dialog agar selari dengan pergerakan mulutnya.

“Selepas habis penggambaran, saya memang kena masuk ‘dubbing room’ untuk proses ini. Saya ditemani bapa dan apabila sampai bahagian saya, dia akan menepuk bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap.

“Penggambaran dilakukan di satu perkampungan bernama Pulau Tiban dan sebahagian lagi di studio,” katanya.

AYU (duduk dua dari kiri) bersama keluarga.

Dua filem lain tidak jadi

Ayu menganggap pembabitannya dalam Bujang Lapok satu kenangan manis kerana filem ini masih diminati sampai sekarang. Generasi baru pun suka menonton Bujang Lapok.

“Dulu kebanyakan jiran tak tahu sayalah Ayu dalam filem ini. Lama-kelamaan barulah mereka tahu perkara sebenar,” katanya.

Selepas Bujang Lapok, Ayu sepatutnya terbabit dengan filem Golden Trumpet (judul sementara) arahan pengarah Filipina.

Bagaimanapun, berlaku kemalangan ketika pengarah itu pulang ke Filipina mengakibatkan kematian isterinya sehingga memaksa projek ini dibatalkan.

“Saya juga sepatutnya melakonkan watak Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun bapa melarang kerana tak nak saya terlalu aktif berlakon.

“Akhirnya watak ini diberikan kepada Bad Latiff. Saya tak rasa kecewa pun. Selain itu, saya juga pernah tampil sebagai penari dalam filem Lampong Karam,” katanya.

sumber:kumbangterbalik.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*