Pereka Fesyen Yang Kecoh Mengutuk Telah Pertahankan Diri Dan Mengatakan“Itu Keluhan Saya, Bukan Untuk Mengutuk Sesiapa!”

“Itu Keluhan Saya, Bukan Untuk Mengutuk Sesiapa!” – Pengulas Fesyen Pertahankan Diri..
Pengulas fesyen terkenal Zaihani Mohd Zain menjelaskan status entri Facebooknya yang tular di media sosial tidak ditujukan kepada sesiapa.

Zaihani sebaliknya menegaskan dia sekadar menyatakan keluhan tentang perkara yang terjadi kepadanya pada pertunjukan fesyen tersebut.

Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.
“Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

“Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

“Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

“Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Zaihani memberitahu, berat badan 60 kilogram itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara terbabit.

“Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kilogram itu sekadar anggaran saya.

“Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram.

“Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

“Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral,” tambahnya.

Zaihani tidak teragak-agak untuk menegur perbuatan itu sekiranya individu yang duduk bersebelahannya merupakan sahabat sendiri.

Situasi itu katanya sering berlaku setiap kali menghadiri acara besar seperti pertunjukan fesyen yang sepatutnya memerlukan tetamu untuk duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain.

Kelmarin tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan ‘menasihati’ individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @zaihanimzain. InTrend, @_amstudio

sumber Astro Gempak

sebelum itu..

Antara Selebriti Dan Pereka Fesyen Terkenal Yang Bersuara Tentang Isu Pengkritik Fesyen. Pengkritik Fesyen Ini Patut Baca Apa Yang Mereka Tegur. Komen Enot Pedas Sekali..

Nama Zaihani Mohd Zain tidak asing lagi dikalangan peminat fesyen tempatan, style serta gayanya sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Namun, pengkritik fesyen terkenal itu telah membuatkan netizen kurang senang apabila mengkritik individu berbadan besar yang duduk disebelahnya ketika pertunjukan fesyen berlangsung.

Nampaknya isu seorang Pengulas Fesyen memberi komen negatif tentang individu yang berbadan besar tidak reda diperkatakan.Sejak ia menjadi perbualan hangat dikalangan netizen dan media masa, golongan selebriti juga tidak kurang hebatnya.

Ramai yang kecewa dan rasa seakan tidak adil seseorang seperti Zaihani mengeluarkan kenyataan seperti ini. Selain Angah Raja Lawak, ada lagi beberapa selebriti tempatan yang turut terasa dengan kenyataan berani Zaihani ini.

Bahkan bukan setakat itu sahaja, Kenyataan Zaihani itu juga telah mendapat perhatian dari beberapa pereka fesyen terkenal seperti Tom Abang Saufi, Calvin Thoo dan Adila Long. Ini komen mereka mengenai isu tersebut.

1. Syanie Hisham

“Terkejut dan terkilan membaca apa yang telah dikatakan, if you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all

2. Enot

3. Que Haidar

Beauty is subjective, don’t call yourself pengkritik fashion kalau u don’t know how to respect/appreciate kejadian tuhan

4. Zalif Sidek

“budak Gemok Takyah Datang Fashion Show Sebab Peha kiri kanan Melimpah” 😡 Terima Kasih!”

Kena ‘counter’ balik dengan pereka fesyen terkenal

Seorang pengguna Twitter bernama Nalisa Alia Amin telah memuat naik beberapa paparan skrin dimana pereka fesyen terkenal membalas balik kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaihani Mohd Zain di sosial media, mengenai pengalamannya duduk di sebelah berbadan gempal.

Ini antara respon fashion designer seperti Tom Abang Saufi dan Adila Long;

A designer i admire from jakarta ..our pics in.our younger designing days 1985..and quite recent in our early 60s n( grandmothers ) in paris with Hermes brothers ..we both have journeyed all over the world for our work or pleasure and always true to our countries heritage .. have been many kilos different and done and attended many shows globally but never has weight been an issue..but we always have passion in our craft and chosen career.

Menurut Tom Saufi, dia sudah beberapa tahun kembara dunia dan menghadiri pertunjukan fesyen tetapi tidak pernah mendengar berat badan seseorang sebagai isu besar. Malah nama-nama ternama dalam dunia fesyen juga tiada masalah untuk duduk disebelah individu bersaiz besar.

Front row HEAVY WEIGHTS… fashion royalty…sizes and weight ..NO ISSUE..I love SUZY MENKE ,ANDRE LEON TALLEY and ANNA WINTOUR has no issues with sitting next to them.

Bercakap seperti orang tidak ‘bertamadun’

Sumber: Twitter Nalisa Alia Amin

Salah seorang pereka fesyen terkemuka tempatan, Calvin Thoo turut meluahkan rasa tidak selesa dengan kenyataan dikeluarkan Zaihani. Katanya wanita itu tidak berhak untuk menghalang mana-mana individu bersaiz besar dari menghadiri fashion show.

Ujar Calvin, jika Zaihani tidak menghormati orang lain, sudah tentunya pihak lain tidak akan menghormatinya juga. Dakwa Calvin, ramai yang sebenarnya tidak menyukai personaliti fesyen itu dalam diam.

Sumber: Calvin Thoo

Netizen bersatu hentam Kak Zai kat media sosial. Antara Netizen Yang Menghentam Secara Berjemaah
Lepas status Kak Zai fat-shaming orang gemuk tu tersebar, habis lah dia kena kecam kat orang ramai yang rata-rata tak puas hati dengan entri tu. Ada yang cakap Kak Zai tak layak cakap macam tu sebab dia pun dah tua dan tak sepatutnya terkinja-kinja pergi fashion show.

Katanya Kak Zai tak reti nak insaf walaupun usia dah senja dan lebih baiklah dia pergi belajar agama daripada hadirkan diri ke pertunjukan fesyen. Amboi mulut netizen ni kan. Ni korang baca lah sendiri apa lagi dorang cakap.

Orang badan gempal pun ada hak jugak untuk berfesyen. Tak baik tau cakap macam tu dan fat-shaming orang lain. Kan dah kena balik dengan netizen. Tak kisahlah kurus ataupun gemuk, fesyen tu boleh digayakan sesiapa je.

Pengkritik dan pengulas fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tetamu berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.

Menerusi status di laman Facebook peribadi milik Zaihani yang tular di laman sosial, dia menasihati individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri acara sedemikian.

“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.
“It’s so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!” tulis Zaihani di Facebooknya baru-baru ini.

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan kenalan mahupun pereka fesyen tempatan.

Ibukota kini sedang meriah dengan pelbagai acara pertunjukan fesyen sempena mempromosi busana Aidilfitri daripada pelbagai pereka fesyen tempatan.

Manakala, kredibiliti Zaihani sebagai pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen tidak perlu disangkal lagi.

Malah, Zaihani juga dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber; Gempak via beritasteady via cegitucegini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*