Kasihan… Kucing Ini Dilekat Dengan Pita Pelekat Dengan Kejam Sehingga Menyebabkan Luka

Pada Hari Valentine, pasangan ini telah meletakkan perangkap untuk menangkap kucing liar yang tinggal di jalanan di California, kerana mereka melihat sesuatu yang aneh pada lehernya. Walaupun ia bukan satu tugas yang mudah, mereka bertekad untuk menangkapnya.

Perangkap itu diletakkan oleh Kimberly Saxelby dan Chris Gattas, 2 kaki jauh daripada kucing liar itu, yang terletak di bawah kereta yang diletakkan selama sejam.

Mengetahui bahawa kucing liar itu mungkin tidak akan masuk ke dalam perangkap mereka, mereka memutuskan untuk menangkap kucing liar itu menggunakan jaring.

“Selepas mengejarnya seketika sehingga ia berlari ke dalam kandang lama, Chris berjaya menangkapnya menggunakan jaring,” kata Saxelby.

Kucing liar ini sebenarnya mempunyai gulung pita pelekat membalut lehernya. Ramai orang, termasuk penyelamat daripada Kawalan Haiwan, sebelum ini cuba untuk menangkapnya tetapi gagal, kerana ia takut kepada manusia.

Setelah kucing itu tenang, mereka mula memeriksa kecederaannya. Daging di leher kucing tersebut telah membusuk dan mereka percaya gulung pita pelekat itu berada di lehernya sudah berbulan-bulan lamanya.

Mereka kemudian membawa kucing itu ke Perlindungan Haiwan Rancho Cucamonga untuk dirawat akibat kecederaannya itu.p

“Gulung pita pelekat di lehernya itu terpaksa dipotong. Setelah dipotong kami terkejut melihat keadaan lehernya yang begitu teruk,” kata Saxelby.

Melihat keadaan leher kucing itu yang begitu teruk, Saxelby menangis. Dia tidak dapat membayangkan rasa sakit yang ia alami selama ini.

Di samping itu, kucing yang cedera ini kurus dan dehidrasi, kerana ia tidak boleh minum atau makan dengan baik disebabkan oleh gulung pita pelekat yang terikat di lehernya.

Mujurlah, doktor haiwan itu dapat merawat luka di lehernya dan di atas telinganya. Selepas itu, ia menjalani proses pemulihan.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*